Friday, 30 December 2011

Satu hari ni , cerita COUPLE !

Ni yang pakai tudung :(

Assalamualaikum :(

Hari ni , Ibu bukak cerita pasal couple , bercinta . Kay finee aku sedih . Aku baru dpt bukak mata aku . Apa hukum couple sebenarnya ?

Cehh sekarang , orang selalu kata , tak kira laa ibu bapa mahupun anak-2 . KALAU TAK COUPLE , TAKDE GF/BF NI , TAK LAKU , TAK SPORTING , SKEMA ! Hahaha kau tau tak statement ni lawak ? And statement ni utk orang yang rasa Akhirat is nothing . Haha korang tak kan percaya Nur Izzati Ramlee cakap benda cani kan ? Mesti korang kata ' Elehh dulu dia tuh , maa paa , b bby , mummy daddy bagaii . lepas tuh nak ceramah org . tak payah laa ' . Hmmm yeahh aku mengaku , aku pernah couple . Nak tau berapa kali ? Tak payahh . Tak penting . And sekarang aku rasa mcm aku bodoh sebab couple . You know what ? Bercintaa lepas kahwin is the best moment dlm hidup tahu ! Aku memg tak pernah rasaa tapi aku baca novel org yang merasai semua ni . Fatimah Syarha Mohd Noordin :) Beliau rasa semua ni . Memang novel dia Islamik tapi sesuai dgn jiwa remaja . Tanak baca sudahh . So baca apa aku nak cakap

Aku baru sedar , couple-2 ni tak bawak ke Syurga , tapi ke Neraka . Tipuu laa kalau couple tuh tak pernah cte blue-2 ni , tak pernah peluk-2 , paling bawah sgt pegang tangan . Mesti pernah kan ? Aku pun pernahh . So aku tau apa couple rasa bila camtuh ? Memang bahagia lah kan time tuh . Kang dah break , ayat dia ' Jantan tak guna ! habis madu , sepah dibuang ! ' (utk perempuan) , ' Bodoh punya perempuan ! Pike kau hot ? Murahh nak mampus ! ' (lelaki pulak) . Watlekk ! Saling hina menghina . Tapi masa pegang-2 , ' Ahh biarlahh . Aku dia punya ! ' . Kita ni semua Allah yang punya . Jangan menyombong cakap kita , manusia yang punya . Aku pernah cakap cani , tuh sebab aku ulas balik . Aku takkan ulas semua benda ni kalau aku tak rasa .

Couple ? Bagi 10 sebab kenapa perlu couple ? Nak sgt , kahwin jelahh . Terus halal . Nak buat apa pun , takde sape marah . Allah pun tak marah tau . Sekarang ni , Allah MURKA ! ALLAH BENCI ! Memang Allah bagi couple-2 bahagia , happy , rasa dunia ni mereka yang punya . Tapi Akhirat menanti . See , Allah baik tahu ! Tolonglahh sedar . Dunia nak kiamat . Takde pakwe/makwe yang selamatkan kita drpd musnah . Entah-2 mereka tuh pun , kita tak ingat . Kalau dah suka sgt , cinta bangat , kahwin terus . Takde duit ? Sabo lerr dulu . Kita boleh control nafsu kita . Yang act mcm tak reti control nafsu , kenapa ? Aduhhh =='

Sekarang banyak kes buang anak , couple accident . Itu tanda-2 Allah marah , tahu tak ?! Kepada manusia yang pernah buang anak , Bertaubatlahh . Allah Maha Mengasihi . Banyakkan istighfar . Yang couple-2 ni , ingatlah tanggungjawab tuh dulu . Ingatlahh tanggungjawab terhadap Agama Allah , parents , family , bangsa , negara . Settlekan tanggungjawab tuh dulu ! Lelaki , tanggungjawab awak semua terhadap Allah , Ibu , Bapa , keluarga . Yang paling penting Ibu tuh , sebab redha Allah terletak pada redha Ibu . Kalau dah kahwin pun , isteri tetap bawah Ibu . Yang perempuan , sebelum kahwin , tanggungjawab terhadap Allah , Ibu and diri sendiri . Dah kahwin nanti , baru terhadap suami . Sebab redha Allah terletak pada redha suami . Sekarang ni makwe/pakwe tuh , bukan isteri , suami , Ibu , Ayah atau sesiapa . Hanya orang luar . Yang Allah bagi sebagai ujian dlm menegakkan ajaran Rasulullah S.A.W . Tapi apa yang kita dah buat ? Tahu tak , syaitan melompat gembira bila setiap kali ada manusia yang declare couple , yang berdua-duaan , yang berzina ? Tahu ke tak ? Mesti korang tahu . Sebab semua mengaji kan ? Semua pernah baca tafsir , takpun ustazah ke ustaz ke tolong bacakan . Dan mustahil korang tak pegi kelas agama kan ? Tahu tak orang kafir laknatullah gembira tgk remaja Islam yang sepatutnya jadi perisai utk Islam jatuh , sesat , ikut budaya dia . Tahu ke tak ? Alhamdulillah kita semua benci org kafir , yahudi , Israel sebab dia bunuh sedara kita . Tapi muhasabah diri kita balik , Betul ke kita benci mereka ? Betul ke ? Kalau betul , kenapa ikut budaya mereka ? Kenapa ? Orang kafir berkenalan atas katil tahu . Kita bersalaman . Tapi skrg , ramai remaja Islam berkenalan atas katil jugaa kan ? Orang kafir berciuman , berpelukan depan khalayak ramai . Dan remaja Islam jugaa begitu , berciuman , berdua-duaan , berpelukan , meraba dpn khalayak ramai tanpa memikirkan yang Allah nampak segala perbuatan kita :'(

Tolong lahh sedar . Kita sebagai remaja Islam sepatutnya jadi perisai untuk agama kita . Tapi kenapa kita sendiri , kita yang diharapkan oleh Rasulullah S.A.W ni yang hancurkan agama kita ? Mana identiti Islam ? Mana umat Rasulullah ? Kesian laa kat Rasulullah S.A.W , Baginda bersusah payah membangunkan Islam , tapi sampai zaman kita , kita hancurkan mcm tuh je ? Dengan cara couple . Ohh apa guna kita sebenarnya ? Rasulullah simpan harapan tinggi pada kita . Tapi kita hancurkan harapan Kekasih Allah . MasyaAllah . Kita Islam dr segi apa ? Sama-2 lah kita muhasabah diri kita . Bertaubatlahh . Ingatlahh dunia nak kiamat . Dunia ni bukan selama-lamanya . Dunia ni bukan kita yang punya . Jangan jadi zalim pada agama sendiri . Jangan zalim terhadap Allah . Allah Maha Pengampun . Allah terima taubat kita . Tapi jgn taubat lepas tuh buat lagi . Itu apa pun tak boleh .

Remaja Islam , kita perisai untuk Islam ! Allah dah cakap , Islam akan menang ! Tapi sebelum tuh , kita kalah . Sekarang kita kalah sebab kita tiru budaya orang kafir . Iaitu couple , merokok , amek benda haram dan segala apa yang Allah larang lah . Bangunlah remaja Islam . Rasulullah S.A.W berharap kat kita . Jangan hancurkan harapan Baginda . Ingatlahh , Allah Maha Melihat . Jangan sesekali cakap ' Alahh kat Akhirat , akhirat lah . dunia , kita enjoy ' . Nauzubillahh :'(

Kita sama-2 berdoa untuk kemenangan Islam . Aku nak mati dalam Islam . Aku nak kita semua mati dalam Islam . Remaja Islam , bukakkanlah matamu seluas-luasnya . Bangkitlahh jadi remaja Islam yang sebenar :)

Assalamualaikum :)