Thursday, 6 December 2012

Allah tahu yang terbaik .

Assalamualaikum .

Hai :) Sihat ? Saya sihat :/

Okay . Kena cepat ni ! K skrg nak kongsi pengalaman MATI HIDUP SEMULA .

Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat doa semua orang , Berkat doa kedua ibu bapa yang sangat hebat , seseorang ini mampu diselamatkan dalam pembedahannya tempoh hari . Seseorang yang tenggelam dalam kehidupannya yang dirasakan sudah cukup hebat dan sering memperkatakan soal kematian . Dan akhirnya , 'doanya' dimakbulkan . Setahun sahaja jangka mangsa yang dianggarkan oleh pihak hospital utk seseorang ni menjalani kehidupannya .

Pada awalnya , dia merasakan " Ahh ! dah takda guna aku hidup .Aku dah nak mati . Tunggu ja lah saat kematian tu " . Dia merasakan dirinya cukup hebat . Dia merasakan amal ibadahnya sudah mencukupi utk dibawa mengadapNya . Dia tenggelam dalam dunianya . Dia masih memikirkan soal cinta , soal ketidak adilan ibu bapanya , soal lelaki . Dia langsung tak mempersiapkan dirinya , padahal dia tahu masanya hampir tiba .

Pada tahun tu jugak , dia perlu mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) . Persiapan utk menghadapi PMR juga tidak dipersiapkan . Dia hanya menunggu masanya TANPA PERSEDIAAN . Kadang-kadang dia berharap Allah ambil nyawanya sebelum PMR . Ehh takut ke nak amek PMR ? Cepat gelakkan dia ! :) Dia tinggal di asrama . Saat tu , dia merasakan ibu bapanya tidak memerlukannnya lagi . Dia kerap menyusahkan ibu bapanya , kawan-kawannya . Sehinggakan ada yang menjauhinya .. Allah :(

Selesai menduduki PMR , baru dia sedar masa setahun dah nak habis . Beerti .....


Dia kerap sakit waktu itu . Berulang-alik ke hospital . Bukan dekat . Nun KL sana . Bak kata dia , LAHIR KL , MATI PUN KL lah . Amboii , pasrah sungguh . Dah bersedia lettew ...

Alhamdulillah akhirnya dia sedar setiap manusia tidak punya cukup masa untuk mempercukupkan amalnya . Perlahan-lahan dia lembutkan hati utk hadir kelas agama , dekatkan diri dgn Allah . Masa itu , baru dia tahu siapa dia di bumi Allah ni . Hanya seorang hamba yang hina , yang kerdil ...

Dia mengambil keputusan utk menjalani pembedahan.. Pembedahan yang cenderung ke arah kematian . 70% - mati . 30%- hidup . Saat tu , dia cuba menjauhi semua orang . Semua yang dia sayang . Dia jalani pembedahan tanpa pengetahuan orang selain ibu bapa dan adiknya . Bila orang tanya , adik dia jawab " kakak takda " . Dan takda sesiapa tanya selanjutnya .

Pembedahan tu ibarat mati hidup semula . Manusia yang sepatutnya mati tapi hidup balik . Menyusahkan orang ja . Tapi Allah tahu yang terbaik . Alhamdulillah Allah tu baik sangat ! Dia bagi seseorang tu peluang utk cukupkan amal ibadatnya . Walaupun seseorang tu banyak melakukan dosa , sering lupakan siapa penciptanya . Ingatan yang sepatutnya 100% hilang masih ada . Kan dah cakap , Allah tu Maha Baik . Tak banyak yang dia lupa . walaupun banyak perkara penting yang dia lupa . Sepatutnya dia tak dapat lihat dunia selama sebulan mengikut anggaran doktor .Tapi Allah hanya tidak sedarkannya selama sehari ja . Subhanallah ! Allah Maha Berkuasa ...

Allah tahu yang terbaik . Terbukalah dengan Allah dalam apa jua sekalipun .

Seseorang tu memohon maaf sekiranya selama dia hidup , dia ada melakukan kesilapan terhadap anda semua . Dia cuba utk berubah . Terima kasih atas perhatian awak semua . :)