Friday, 26 July 2013

Pengkhianat Cinta

Allah Ya Rahman Ya Rahim . Aku tak punya sesiapa yang begitu memahami hatiku lebih drpd Kau yg amat memahamiku . Allah.. hanya Kau yang tahu apa yang bersarang dalam hati ini .

Allah , aku tahu cinta yang Kau campakkan dalam hati ini salah satu anugerah terbesar . Aku takut aku tak dapat bimbing anugerahMu ke jalan yang Kau redhai . Aku takut aku jauh , Allah . Aku hambaMu . Aku hambaMu yang lemah , yang hanya mengharapkan kekuatan dariMu . Aku tak punya apa-apa untuk dibanggakan selain mendapat tempat di sisiMu . Allah , kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini . 

Sejak kebelakangan ini , Kau buka mata hati untuk aku lihat siapa Kau sebenarnya . Untuk aku sedar yang aku tak punya apa-apa untuk dihebohkan pada khalayak . Untuk aku sedar siapa aku sebenarnya . Dari mana lahirnya aku dan ke mana akhir hidup aku . Untuk aku sedar yang Kau mampu , Kau berkuasa untuk memberi dan mengambil nikmat yang terbentang luas di hadapan ku . Untuk aku sedar betapa jauhnya aku denganMu selama 16 tahun aku hidup .

Kau campak CINTA ini sebagai salah satu ujian dalam hidupku . Pada mulanya , aku bahagia dengan cinta ini . Aku bahagia meraikannya . Aku bahagia membimbing cinta ini . Sehingga satu saat , Kau ambil nikmat cinta ini sekelip mata . Kau bawa dia jauh dari ku ;. Kau bawa dia mendekatiMu . Kau bawa dia mengikut syariatMu . Kau tunjuk padaku bahawa aku bukan lah pengawal yang terbaik untuk cinta itu .

Pada mulanya , aku memberontak . Aku fikir Kau menzalimiku . Aku fikir Kau tak mahu aku bahagia . Aku terasa seperti Kau tidak adil . Sedangkan Kau Allah Maha Adil , Maha Pengasih , Maha Penyayang . Aku pendosa tanpa noktah . Aku tak sedar diri kerana CINTA itu .

Puas aku mencari punca mengapa dia pergi . Puas aku mencari cara untuk dia kembali . Puas aku menarik perhatian dia , tanpaa memikirkan bahawa cinta kepunyaannya belum layak untukku . Tanpa memikirkan cinta dalam hatinya adalah milikMu . Tanpa memikirkan aku hanyalah pendosa yang tak layak berdiri sama tinggi dengannya . Tanpa memikirkan cintaku padaMu juga kekasihMu masih belum cukup aku taburkan . 

Aku pendosa . Aku pengkhianat .

Pengkhianat cintaMu.