Wednesday, 7 December 2011

Gemuruh jiwa , semangat membara !

Assalamualaikum .

Hambek kau ! Kan dah masuk lagu Faizal Tahir dah . Eh btw dah lama tak dga lagu Faizal Tahir . Era.fm anti Faizal Tahir ke ? #kesah pulak aku

Itu bukan cerita yang aku nak sampaikan dari hati yang belum dibersihkan sepenuhnya lagi ni . Dalam proses :)

Aku baru balik tusyen . Entah kenapa , Entah angin apa , Entah apa yang tiba-2 merasuk ku jadi bersemangat ! Aku salam , cium Ibu aku . Ibu aku mesti pelik . Ahh apa aku kesah ! Aku nak berubah . Aku cerita kat Ibu apa aku belajar kat tusyen hari ni . Aku terangkan kat Ibu tanpa Ibu pinta . Ibu kata ' Kak , Ibu tak faham ni . Nanti kau tanya lah cikgu ' . Aku jawab , ' Tak laa buu . Bukan nak tanya Ibu , nak cerita jee ' . Ibu kata ' Ouh kau kenapa kak ? ' . Aku terdiam , aku bangun , aku terus naik atas .

Aku juga tak faham apa kena dgn aku malam ni . Aku juga pelik . Aku confuse . Tapi lepas aku renung-2 kan , baru aku tahu . Dah tiba masanya untuk aku akhirkan segala zaman kejatuhan aku dan mulakan zaman yang baru , hidup yang baru , NUR IZZATI YANG BARU ! 2012 makin hampir . Walaupun ramai kata ' lek aa .. PMR jauh lagi . ' Tapi pada aku , tak , PMR dah dekat . PMR sedang memburu aku . PMR sedang mencabar aku . Dan aku sahut cabaran itu ! Aku tak takut . Sebab aku buat semua ni kerana Allah , Ibu dan Abah ! Kekuatan yang Ibu , Abah tunjukkan pada aku sekarang , itulah kekuatan aku ! Ibu dan Abah tak pernah menangis masa zaman kejatuhan aku . Ibu dgn Abah lagi bagi semangat ade lahh . So perlu ke aku nangis , aku merungut bila Ibu dgn Abah mintak aku ubat luka kat hati mereka ?

Ibu selalu pesan . Ibu merayu supaya aku berubah , aku tak kecewakan beliau lagi . Setiap kali itulah , aku akan menangis . Dan dah berapa kali Ibu cakap , banyak tuh la aku menangis . Tapi tak siapa tahu . Ni apa ke dodol sgt aku ni ? Pegi bocorkan rahsia . ==' Ahh itu tak penting ! Luahan perasaan aku tak settle lagi ni .

Sekarang cuti . Ramai cakap takyah study , cuti mean cuti . Yeahh itu istilah cuti pada aku masa zaman kejatuhan aku . Sekarang , Oh nooo ! Tidak lagii ! Aku PMR tahun depan . Aku pekse tahun depan . Aku nak berjaya baik punya tahun depan ! Aku tak kira ! Nak jugak nak jugak ! #apa kena gedik sgt malam ni ?

Yang penting , usaha escalator kejayaan !

Kbai :)