Assalamualaikum ..
Selamat Pagi . :D hahaa mcm pelik je aku cakap selamat pagi .
Huhh actually , semalam tengoK Solehah kat channel 114 . Final :)Mereka diberi tugasan utk memberi tazkirah malam tadi . tak kisah laa tajuk apa pun . Huhh banyak yang menyentuh perasaan aku . Usik perasaan aku . sampai air mata aku jatuh . Allah , baru aku sedar tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah di bumiMu ini :')
Perempuan jugaa boleh berdakwah . Perempuan jugaa kuat utk berdakwah . Tapi kebanyakan lelaki tak dapat terima apabila seseorg perempuan berdakwah pada mereka . Ego tercabar konon . Yang perempuan , juga sama . Akan dikatakan , kita jugaa perempuan , tak normal kalau tak buat apa yang mereka buat . Memanglah . tapi selagi kita sedar kita hanya MENUMPANG , selagi tuh kita akan terhindar . Tapi entah . Ramai yang tak dpt terima . Ya Allah , aku sayang saudara-2 ku . Bantulah kami semua ke jalan Mu , Ya Allah . Pimpin kami . Rasulullah , aku mohon ampun atas segala kesalahan umatMu termasuk aku di dunia ini . Aku banyak kecewakan mu , Ya Rasulullah :(
Semua finalis Solehah tuh bentangkan mcm-2 hujah . berkenaan Ibu , Solehah , Seorang Isteri , dan sebagainya . aku ingat 3 je sebab 3 ni betul-2 terkesan kat hati aku .
Ibu ? Ohh Ibu . Ibu yang melahirkan , menyusukan . Ibu yang bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bulan , membawa kita ke mana sahaja tanpa dia merungut . Mengalami muntah-2 yang teruk sampai tak lalu makan . Mengalami bengkak-2 pada badan mereka . Allah seksanya ! Tapi beliau tetap menyayangi , mencium , mengusap , membelai kita sebaik mungkin . Itulah Ibu . Hati Ibu dan Bapa berbeza . Bapa tak merasai betapa sakitnya melahirkan . Tapi bapa merasai betapa susahnya membesarkan :) Hmm . kepada yang sudah tiada Ibu atau Bapa . jangan tangisi . Ya aku masih ada Ibu dan bapa . aku taktau bagaimana rasanya ketiadaan salah sorang drpd mereka ataupun kedua-duanya sekali . Tapi jangan tangisi . Rindu sememangnya ada . tapi Allah sayang mereka . Sedarlah bahawa kamu beruntung . Sekiranya kamu tiada ayah , kamu tidak ada dosa dgnnya . sekiranya kau tidak punyai ibu , kau tiada dosa pada ibumu . Redhailah mereka , hadiahkan mereka Al-Fatihah . Berikan mereka pahala . Jadilah anak solehah / soleh . Itu yang akan menambahkan pahala mereka di sana :)
Solehah ? Mesti korang tau kan solehah ni utk apa ? Utk seorang muslimah yang dilahirkan di dunia ini . Solehah dari segala aspek . Hormat ibu bapa , taat perintah Allah , JAGA KEHORMATAN , JAGA MARUAH , jaga Iman . Susah ? Ya memg susah . tapi dgn adanya Allah , apa pon boleh :) Berusahalah jadi yang terbaik :) Jangan pernah puas dgn apa yang telah kita lakukan . Carik redha Allah . Carik pahala . Carik Syurga . Sesungguhnya , wanita amat mudah untuk masuk ke Syurga dan mendapat pahala . Tapi ingat , wanita jugaa mudah msuk ke dalam Neraka Jahanam ! Nauzubillah :)
Renung-2 kan . Mungkin post ni banyak utk para muslimah . tapi untuk lelaki , ia jugaa penting , sebab lelaki yang akan bimbing wanita ke jalan Allah :)
Good Luck :)