Assalamualaikum ..
Bila birthday gf/bf , kawan kita , beria kita bagi hadiah . Hadiah nak besar-2 je . Buat party apa semua . Sebagai tanda kita mengingatinya .
Maulidur Rasul dah dekat . Cuti kita dah dapat . Tapi kita takde pun bagi hadiah apape kat Rasulullah S.A.W kan ?
Subhanallah . Rasulullah dah banyak bagi hadiah pada kita . Kemenangan Islam tuh hadiah untuk kita . Sunnah yang buat kita dapat pahala kalau kita melakukannya tuh pun hadiah untuk kita . Tapi kita ? Mana hadiah untuk Rasulullah S.A.W ?
Kita tak pernah jumpa Rasulullah . Kita tak berpeluang lihat muka Rasulullah walaupun sesaat . Dah la kita tak dapat semua tuh , kita abaikan pulak suruhan Rasulullah . Ya Allah , hinanya kita kan ? Tapi masa Rasulullah hidup , Rasulullah tak pernah lupa kat kita . Tak pernah lupa doakan kita . Pada saat-2 akhir Baginda pun , Baginda masih sebut
UMMATI ! UMMATI ! UMMATI !
Subhanallah . Betapa Rasulullah sayang kat kita . Padahal kita belum ada lagi masa tuh . Cintanya Rasulullah kat kita . Tapi kita sekarang ni ? Cinta benda lain tapi guna nama Allah . Hinaanyaaaaa ! Itu namanya tak sedar diri . Dalam Islam , tak pernah ada istilah COUPLE ! Kenapa tak sabar sangat ? Hey , kahwin jelah terus kalau dah tak dapat tahan nafsu . Mana Iman kita ? Sedangkan tunang pun tak sepatutnya berjumpa berdua-duaan , apatah lagi couple . Haram ! Zaman sekarang ni aku tak percaya langsung kalau couple tak pernah pegang tangan , amek gambar sama-2 , paling baik pun jeling-2 , sengih-2 , duduk sebelah-2 kat sekolah . Masa menuntut ilmu , buat maksiat . TAK MALU ! Mana tahh pergi hormatnya kat ilmu . Lepas tuh , gagal exam , salahkan cikgu tak reti ajar , parents anta tusyen banyak-2 , duduk asrama . Alasann . Dah buat maksiat masa menuntut ilmu , memang lah takde sapa redha . Fikir
Sekarang dunia heboh nak kiamat . Tapi ada jugaa manusia yang tak sedar diri cakap " HOTAK KAU NAK KIAMAT ! KAU MCM TAHU RANCANGAN ALLAH YANG KAU TIBA-2 CAKAP MCM TUH " . Kawan , Allah dah nyatakan dalam Al-Quran . Tuh sebab sekarang ni ada Tafsir Quran . Supaya kita faham isi Quran tuh . Ni tak , lepas solat , terus bangun check phone ada msj ke tak . Ya Allah , agak-2 kalau takde handphone tuh , mahu tak solat kan sebab memberontak . Kan ? Solat kerana sapa sebenarnya tuh ?
Apa kata kalau kita bagi hadiah kat Rasulullah ? Kita selawat banyak-2 , berarak nanti kerana Allah dan sebagai hadiah utk Baginda , bukan sebab nak jumpa kawan atau tunjuk baik . Kita buat apa yang Baginda suruh . Tinggalkan apa yang Baginda tak suka . Cuba try :') Besar pahalanya . InsyaAllah masa hari Akhirat nanti , Rasulullah bagi syafaat kat kita :') Sapa yang tanak syafaat Rasulullah , taktahuu lah nak cakap apa . Bodoh sombong namanya .
Renung-2 kan dan ubah gaya hidup kita yang tak berapa nak elok kepada yang elok dan terbaik ;)