Sunday, 5 February 2012

Umur :)

Assalamualaikum ..

Mungkin ni kali terakhir aku update blog . Mungkin ni kali terakhir aku beri salam kat korang . Mungkin lepas ni , korang takkan nampak status aku lagi . Mungkin lepas ni blog ni tiada tuannya :)

Mungkin ni juga kali terakhir aku cakap aku sayang semua orang sekeliling aku . :)

Aku tak kuat untuk melihat orang sekeliling aku pergi sebelum aku . Terutamanya Ibu , Muqri , Abah dgn Bibik . Sumpah aku tak kuat . Aku tak kuat nak tengok orang lain dikafankan sebelum aku . Aku bukan SuperWoman yang kuat nak tengok semua tu . Aku tak kuat nak dengar berita orang yang aku kenal dah takde . Aku tak setabah orang lain yang sanggup dengar " Weh , kawan kita dah takde " . :'(

Aku bersyukur aku dapat bernafas dkt bumi Allah ni lagi . Aku tak cukup pahala lagi nak bawak jumpa Allah . Tapi aku memang tak kuat nak dengar salah seorang yang ada kat sekeliling aku tinggalkan aku :'( Aku tahu itu takdir , tapi aku tak sekuat orang lain . Kena himpit dgn adik aku pun , aku nak nangis . Apatah lagi , orang yang aku kenal tinggalkan aku :'(

Aku sayang Ibu , Muqri , Abah , Bibik and family aku , aku sayang Jadzrika , Faizzah , Sabrina , Eryn , Eikaa , Kak Tyrex , Aina , Hanis , Ejat , Thaqif , Azriel , Khai dan semua orang lah . Kalau aku dah takde nanti , korang jaga diri tau . Belajar pandai-2 , capai cita-2 . Nanti aku tengok korang dr jauh :') Korang nangis , aku kacau korang tiap-2 malam ;)

Aku teringin nak meninggal dalam sujud terakhir dalam solat . Aku teringin nak meninggal masa bulan hari Jumaat . Aku teringin nak meninggal masa 24 September . :) Aku nak sangat meninggal dalam pangkuan Ibu , masa Ibu tengah usap kepala aku . Aku teringin nak buat orang gelak , senyum sebelum aku meninggal . :')

Readers ,

Maafkan semua kesalahan aku . Halalkan apa yang korang dah bagi kat aku . Thanks and sorry for everything :) Nanti aku dah takde , hack segala website yang aku ada . Delete blog ni , deactive twitter and facebook aku tau :') Janji ?

Sayang korang :)

-IzzatiRamlee-