Friday, 4 April 2014

Kisahnya .

Assalamualaikum.

Apa khabar iman ?
Apa khabar hati ?
Apa khabar taqwa ?
Haih paling susah .
Apa khabar persediaan menghadap Ilahi ?

Entah lah . Duk tanya khabar orang lain , diri sendiri terkontang-kanting.
Em taktahu apa nak dikongsi . Tapi jari ni duk gatai nak menaip . 

Masa semakin suntuk . Tapi diri ni masih seorang keyboard warrior . Bukan sesiapa . Yang selalunya hanya tahu mengingatkan . Maafkan diri ini kerana telah menipu mungkin ? SPM dah dekat , tapi mati lagi dekat . Tiap-2 hari malaikat tinjau . Tiap-2 hari di perhatikan . Tapi diri ini masih terlalu leka . Bergelak ketawa . Bergurau senda . Mengata orang sana sini . Masih membuang masa . Entahlah . Kenapa ya diri ini masih tak punya kesedaran yang berpanjangan ? Hanya bertahan dua tiga hari . Astaghafirullahalazim . Macam manalah diri ini nak pergi bertahan selama Rasulullah S.A.W bertahan di medan perang.. Macam mana nak kekal berjuang demi Islam ? Haihh.. *Aipp hati jangan mengeluh* Okay . Boleh ni gi perang . Haha macam lawak je kan ? Positif positif . Macam mana lah keadaan adik-2 dekat Palestin sekarang ? Pastinya belum makan minum . Pastinya sedang menangis . Mungkin ada yang sedang berlari-lari ke sana ke mari . Allahu.. Semoga Allah kurniakan syahid yang mereka dambakan. Amin... Apa khabar ye MH370 ? Pasti yang dipilih Tuhan sedang berbahagia di samping Penciptanya . Dilindungi , disayangi kerana dikhianati . Jadi kita ? Perlukan merintih , menangis , ? Kenapa tak bangun ? Kenapa tak bangkit ? Kenapa tak jalankan tanggungjawab ? Kenapa masih bertanya KENAPA KENAPA dan KENAPA ?!