Sunday, 1 June 2014

Pemakanan Islam


Haa tadi ceq pergi join seminar pemakanan ikut Islam .Allah , best gila . Alhamdulillah sebab Allah pilih untuk pergi . Mula-mula tu memang pemalas gila . pukul 8 kot keluar rumah . Bila dah dengar ceramah tadi , rasa happy , rasa terharu , rasa Allah sayang :)

Doktor Nor Hissam .

Fuhh memang hebat gila Doktor ni . Ibu pergi seminar dua hari , berbayar . Tadi saya pergi yang free je , untuk ibu bapa . Kalau dah namanya untuk ibu bapa , mestilah nak sampaikan kepada anak-anak ? Jadinya , ceq pergi . Seminar ni betul-betul buka mata umat Islam , kenapa kita perlu jaga makan ? Bukan untuk kesihatan yang baik je , tapi untuk pembangunan Islam jugak . Besar kan impak pemakanan ni ?

Harini saya dapat buat kesimpulan kecil . First , kena bawak diri jadi hamba kepada Allah . Kedua , baca Al-Quran tiap-tiap hari , jangan tinggal . Lepastu , jaga makan . Akhir sekali , tidur awal bangun awal . Itu kesimpulan kecil , tapi isi dalam setiap point tu sangat dalam . Nak cerita pun , malas sebenarnya . Tapi takpe , meh baca ceq share ilmu meh .

Pertama , kena bawak diri jadi hamba kepada Allah . Ok sekarang , kita belajar kerana apa ? Kita sakit , siapa yang bagi ? Kita sembuh , siapa yang tolong ? Semuanya Allah . Cerita Dr. Nor Hissam tadi . Ada seorang pesakit datang ke tempatnya . Pakcik ni dah stage 4 cancer dia . Dah kimo , dah segalanya . Akhirnya doktor mampu bagi pain killer . Ikut kata doktor di hospital , dua tiga bulan je tempoh hidupnya . Allahu.. bayangkan apa akan jadi dekat kita kalau kita yg kena ? Mesti terus lemah . Mati pun matilah . Pakcik tu datang minta kaunseling , duduk atas wheelchair , tersandar , dah mcm takde tulang duduknya . Doktor tanya , pujuk beberapa kali "pakcik , pakcik kenapa ni ?" " pakcik sakit siapa yang bagi" . Adalah dekat 5-6 kali ditanya , pakcik tetap diam . Akhirnya Dr.Nor Hissam sendiri jawabkan " pakcik , pakcik sakit , Allah yang bagi ." Lepastu ditanya lagi sekali soalan yg tak dijawab tadi , akhirnya pakcik tu bersuara perlahan je . Pakcik jawab " Allah..." . Akhirnya pakcik tu mampu bercerita tentang sakitnya , sampai tak sedar dah t/hari dah dalam bilik tersebut . Konklusinya , letakkan tempat bergantung kita pada Dia yang Maha Esa . Manusia perlukan tempat bergantung . Nak bergantung dengan manusia , manusia juga tak kekal . Hanya Allah . Jadi hamba kepada Dia yang kekal abadi .

Kedua , baca Al-Quran setiap hari . Kenapa ? Sebab Al-Quran ni cahaya . Al-Quran ni Nur . Kita kan dalam dunia akhir zaman . Dunia fitnah . Kita tak boleh lari daripada audio dan visual yang Yahudi Laknatullah hidangkan pada kita . Kita tak boleh lari . Ini memang satu jalan yang kita kena lalui sebelum bangunnya Islam . TAPI kita mampu untuk lawan , untuk elakkan hidangan yang hina itu bermaharajalela dalam hati kita hingga mampu mengatasi tingginya Iman kita . Kita mampu . Kita boleh ! Dengan cara apa ? Dengan cara campakkan sedikit Nur dalam diri kita . Iman manusia bertambah dan berkurang . Setiap lepas Subuh , mengaji . Baca Al-Quran . Paling minima , satu muka surat . Lepastu tengoklah tv . Hati yang ada walau sedikit Nur ni , mesti akan tak selesa dengan audio dan visual yang Yahudi Laknatullah hidangkan kepada kita . Lagi-lagi nak periksa besar ni . Lagi kena banyak faham Al-Quran . Jadikan Kalamullah tu kawan baik . Sebab waktu periksa ni memang banyak dugaan . Takleh nak elak . Tu semua sebab Allah sayang . Tuntasnya , wajibkan diri sendiri baca Al-Quran setiap hari ! Tak boleh tinggal . Nak syurga ke neraka ? You choose .

Ketiga , jaga makan . Makan minum ni penting , berkait rapat dengan hormon , Hormon ni pulak berkait dengan ingatan . Bila ingatan terganggu akibat hormon tak stabil , itu yang akal pendek , takleh fokus , memori terbatas . Itu yang mengganggu pelajaran , hafalan kita especially yang masih belajar ni . Mana-mana makanan yang 60% dan ke atas tak boleh hadam dalam badan kita , Allah takdirkan ianya haram , contohnya khinzir dan helang . Ada empat perkara penting dalam pemakanan kita yang perlu kita awasi :
1) Sumber makanan. Nanti duduk-2 dengan mak ayah, borak-2 cakaplah " Ayah ayah , abang/kakak/adik minta tolong sangat tau ayah janganlah bawak balik rezeki yang syubhah" . cakap elok-elok kerana Allah . Mesti ayah terima . Yang syubhah dari segi masa , seorang pekerja kena jaga masa bekerja betul-betul . Jangan punch card pukul 6 pagi tapi masuk office pukul 10 pagi . Itu kalau takde kerja perlu diselesaikan , kira syubhah . Kalau dah menyusahkan orang lain , dah jatuh haram . Bekerja tepat dengan apa yang ditetapkan . Kontrak , sukat-menyukat , timbang-menimbang . Jaga-jaga . Pastikan rezeki yang halal . Bukan setakat halal , Tapi mesti thoyyib , mesti mampu memberi manfaat kepada kita .
2) Proses makanan. Sebaiknya , makanan dimasak sendiri di rumah . Takpe , tak sedap macam ayam kfc , ayam mcd , janji kita yakin . Ok bayangkan eh , macam mana Ibu kita bersihkan ikan kembung kat rumah , buang isi dia , basuh , buang lagi tahi-tahi dia , basuh lagi , siap selawat . Kalau dekat kedai makan ? Allahua'alam . Taknak lah cakap . Kita taktahu . Tapi mesti was-was punyalah . Boleh makan luar , tapi bila kecemasan je . Bak kata Dr.Nor Hissam , boleh bila dah ada orang datang rumah , acu pistol dekat kita , paksa makan luar . Tu kecemasan . Hari-hari cemas ke ? Tak kan ? Kalau terpaksa pun , pilihlah kedai-kedai yang nampak ciri-ciri Islam nya . Pemakaian yang bersih dan kemas . Tutup aurat . Melalui mukanya , kita dapat detect dia solat ke tak . Kan ? So you choose .
3) 10 bahan yang tidak digalakkan ada di rumah :
    a)Kurangkan makan sotong . 80% dalam badan sotong adalah tulang . Lepastu sotong ni tempatnya dekat laut-2 kotor . Bawah-bawah kapal yang dah berkeladak tu tempat banyak sotong -,- sebulan sekali boleh . Jangan selalu .
    b)Makanan laut yang bercengkerang . Contohnya udang , kerang , ketam , lala dan sebagainya 
    c) Ikan yang tiada sisik . Contohnya , ikan keli , ikan sembilang *itulah yang sedap haih* Lagi besar sisik ikan macam ikan terubok tu lagi baik , banyak protein.
    d) Kurangkan ambil bayam. Orang Barat makan bayam musim sejuk je . Bukan sejuk macam kita , sejuk beku gila-gila , -37 degree celcius . Orang Asia Tenggara ni tak perlu makan bayam sebab kita bukan tak cukup zat besi , kita tak cukup kalsium . Kangkung seeloknya sebab kangkung banyak kalsium . Kangkung ni satunya lah memang bakteria segala bagai memang susah masuk , janji basuh luar-luar dia bersih-bersih dengan selawat sekali .
   e)Kurangkan kubis . Brocolli boleh . Kubis ni dimakan oleh orang di negara empat musim je . Mereka makan kubis masa musim panas . Bukan panas macam kita , tapi panas yang kering tu .
   f) Kurangkan tauge . Tauge sekarang ni , dekat pasar-pasar tu toksah lah beli lagi . Elok tanam sendiri , jaga elok-elok . Doktor mengatakan tauge yang di pasar tu telah dikaji , mengandungi 80% ammonia . Fuh teruk betul . Tauge ni sepatutnya sangat lama nak masak . Tok-2 kita dulu tanam tauge , 3 minggu baru masak itupun keding-keding je . Sekarang ni , 5 hari dah dibawa ke pasar , gemuk-gemuk pulak tu . Ammonia boleh hapuskan memori dalam ingatan.
   g) Jangan minum air berkarbonat . Orang Yahudi ni pandai . Dia tahu orang Islam haram minum arak , dia bagi air berkarbonat . Haih jahat sungguh . Air berkarbonat ni memang totally kontra dengan air terbaik dunia . Air apa ? Air zamzam . Air zamzam alkali , air berkarbonat acidic . bayangkan. Air berkarbonat boleh buat kanser usus.
  h)Instant coffee . Instant coffee dgn kopi yang kita tapis , tapi tak hilang-2 serbuk dia tu lain . Tahu kan instant coffee ni bila letak dalam air , terus larut . Kopi mana ada macamtu . Dekat Europe , dia tak benarkan jual instant coffee . Dia jual kopi yang biji kopi tu dipanggang , kalau dekat hotel di Malaysia , adalah dalam rm25 . Yang 3 in 1 , 2 in 1 tu Allahu lagi lah tak elok . Lagi satu gula , bancuh air , guna brown sugar . Perang ni potassium , label kepada makan tersebut , memang tak sama dengan gula biasa tu .
  i) Air siap sedia minum . Apa tu ? Air kotak tahu ? Ha itulah . Ice lemon tea tu contohnya better kita buat manual . yang dalam kotak tu , citric acid . tak elok
  j) Makanan yang sifatnya masam . Laici dalam tin ? apa rasa dia ? Manis kan ? tapi sifatnya masam . Sardin dalam tin . Semua makanan dalam tin semuanya sifatnya masam. Maggi tu kenapa dia macam kerinting *hehe*? sebab dia disalut lilin yang boleh buat dia kenyal macamtu . Kenyal lah sangat . Makan burger segera tu umpama makan tahi juga . Takda zat langsung .
4) Kuantiti makanan.
-Sarapan pagi should be sangat ringan . Rasulullah S.A.W : kurma lawannya susu , roti lawannya air zamzam .- Tengahari kena banyak sikit . 600gram paling maksimum , mesti ada 5 benda : nasi , 1 lauk , 1 sayur , 1 buah (makan sebelum nasi) , 1 jenis air . Air sirap bandung tu dah berapa banyak jenis dalam tu . Dengan susu , air kosong , sirap lagi . So 1 jenis air tu maknanya air kosong tau .
-Makan malam lepas isya' bukan sebelum maghrib . Sebelum maghrib tu bagi sesiapa yang skip makan tengahari . Kuantitinya pulak 1/4 daripada makan tengahari . Kalau tengahari 100 suap , makan malam 25 suap je . Jangan makan lepas pukul 10 malam sebab waktu tu metabolisme dalam badan sangat rendah dan akan menyebabkan esoknya bangun dalam keadaan lemah .
Jangan makan makanan yang sama selama 3 hari berturut-turut kecuali makanan asas contohnya nasi .

Last but not least , hidup orang mukmin berdisiplin , tak hidup ikut apa dia rasa . Pola tidur yang sempurna . Tidur awal , bangun awal . Tidur sebelum pukul 12 , bangun menjelang pukul 3 pagi . Paling lambat pun pukul 5 pagi mesti bangun . Orang yang bangun lepas azan Subuh , berpenyakit .

Okay . Banyaknya . Bosan kan baca ? Harap bagi manfaat kepada semua yang membaca . Terima kasih .

Lillahi ta'ala .